Komplikasi Resdung Kronik Pada Kanak-Kanak


Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Kesan Resdung Kronik Pada Orang Dewasa

 

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Siapa Berisiko Besar Dapat Resdung


* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Mencegah Resdung

 

• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Mencegah Resdung Melalui Penjagaan Diri


• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya. Makan makanan seimbang dan banyakkan makan buah buahan.

Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan Sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya.

Apa Itu Resdung Kronik

 

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Apa Itu Resdung Akut


Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

http://ellismelia.blogspot.com/2014/01/apa-itu-resdung-sinusitis.html

Sinus atau Resdung?

Apakah beza di antara dua istilah ini?

Kerapkali pesakit akan bertanya soalan in kepada saya “Doktor, adakah saya menghidapi ‘sinus’?”. Ada pengamal perubatan yang ingin menjawab “Ya” kepada sesiapa sahaja, sama ada mereka sihat atau tidak.  Saya akan mejelaskan sebentar lagi.


Kebanyakan pesakit yang berbahasa Melayu juga kerap bertanya soalan yang seumpamanya- “Doktor, adakah saya menghidapi resdung?”. Yang paling membimbangkan ialah apabila saya melayari internet untuk merujuk istilah ‘resdung’, carian utama mengenai makna resdung bukan sahaja salah, tetapi agak menyeleweng, ditulis oleh individu yang bukan dari latar belakang perubatan. Motif mereka hanyalah ingin melariskan produk masing-masing, kebanyakannya tidak berdaftar. Untuk makluman, ini ialah tujuan utama MMG ditubuhkan- untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih kepada semua dari pakar kesihatan.


Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.


‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.
 
Saya akan memperkenalkan 2 jenis penyakit utama yang seringkali dikaitkan dengandua  istilah ini.


1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.
Doktor ENT akan menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk memastikan tiada ketumbuhan di dalam hidung (Video 1 & 2 yang disertakan menunjukkan ujian endoskopi hidung yang dijalankan di klinik) Doktor biasa yang tidak biasa dengan rupa bentuk struktur normal hidung boleh membuat diagnosis yang salah dan menyebabkan kerisauan yang tidak sepatutnya berlaku pada individu yang normal (Imej 1). Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar, yang pada orang biasa, salah satu fungsinya ialah untuk melembapkan rongga hidung. Rawatan ialah ubat antihistamin bagi kes yang ringan dan ubat semburan hidung jenis steroid bagi kes yang teruk.


Image 1 normal tubinate
Imej 1
Image 2 allergic nasal endoscopy
Imej 2


2. Sinusitis


Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.
Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi  hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.
Di kebanyakan klinik ENT, kes ‘allergic rhinitis’ adalah jauh lebih kerap dari sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah ‘allergic rhinitis’, terutamanya di kawasan bandar.
Jadi, ‘sinus’ atau resdung?


Dalam perawatan saya, sekiranya seseorang itu menyatakan beliau mempunnyai ‘sinus’- beliau merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis. Kebanyakan orang masih belum boleh membezakan dua penyakit yang biasa ini.
Ramai juga yang akan mengaku mereka menghidapi ‘resdung’- mereka pun juga merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.
Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah atau perkataan yang orang gunakan untuk merujuk kepada  gejala atau penyakit mereka, kita perlu mengupas sejarah penyakit dan menjalankan  ujian fizikal tertentu untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.
Saya tidak menjangka akan terjadinya sebarang perubahan istilah ‘sinus’ atau resdung, saya Cuma berharap orang ramai dengan gejala seumpama ini akan berjumpa dengan dockor bertauliah, dan bukannya merujuk kepada jaminan palsu di internet dan media sosial yang menggunakan kaedah yang tidak diiktiraf dan merbahaya untuk pemulihan penyakit hidung.
(Penghargaan: Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pesakit, ibubapa dan kakitangan yang memberi kebenaran mengambil gambar mereka bagi tujuan pendidikan kesihatan bagi pihak awam)


Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Rujukan:
  • Dorland’s Illustrated Medical Dictionary 32nd Edition
  • Dewan Bahasa & Pustaka Kamus Dewan website http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=resdung  accessed on 29 November 2013
  • Diseases of the Ear, Nose and Throat 4th Edition     PL Dhingra
 http://www.mmgazette.com/sinus-atau-resdung-dr-ahmad-nordin/

Apakah Tanda-Tanda Resdung ?

 
Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:
  • Sering mengalami hidung tersumbat?
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata?
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
  • Mengalami jerawat di muka dan badan?
  • Nafas berbau?
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
http://www.klik4sihat.com/penyakit-resdung-dan-info-yang-perlu-anda-tahu.html

Resdung Sangat Bahaya!

Assalamualaikum
Sebelum cerita pasal penyakit resdung ini dimulakan,
nuanisa mohon maaf banyak-banyak sekiranya ada yang tidak boleh menerima apa yang akan dipertontonkan dan dikatakan selepas ini. Apa yang nuanisa ceritakan dalam entry ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri dan rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bagi mereka-mereka yang mengidap penyakit resdung , atau masih keliru, marilah kita lihat penemuan-penemuan seperti yang akan diceritakan ini.
percayalah di saat saya menaip rencana ini, mata saya tengah gatal sangat, idung pon sgt gatal...saya percaya effect ini pon anda akan rase apabila membacanya...saya minta maaf sgt tapi saya harus berkongsi dengan anda semua. Sekiranya masih sempat berubat, segeralah sebelum terlambat. 

MUKADDIMAH
Kuman hama yang ditunjukkan adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic). Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin. Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya. Oleh itu, elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk. Juga diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'. Mesej: Bayangkan kuman sebegini rupa dibiar berkeliaran, membiak dalam badan anda tanpa sebarang kawalan.


Gambarajah menunjukkan; tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.
Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:
  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan). 
ya allah minta dijauhkan



simptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdungsimptom mengenai penyakit resdung 
 
lihatlah macam mana ulat telah bermaharajalela dalam hidung. tipu? ini semua benar. sebab kita abaikan tentang kesihatan kita. Macam mana ia terjadi?



pesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronikpesakit resdung kronik 
PEMBEDAHAN SINUS MERUGIKAN
 
Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. Paling dikesali tentang pembedahan ini ialah:  
kebanyakkan doktor gagal menyediakan rawatan susulan bagi menghalang lendir tu dari tumbuh semula! Maka dengan ini, sesiapa yang melakukan pembedahan tersebut, akan berdepan dengan kerugian. 

So, lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar. 
Sebelum tu, mari kita lihat apakah yang bakal terjadi sekiranya anda membiarkan saja penyakit tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk mengubatinya:
ulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdungulat resdung
ya allah, minta dijauhkan
BEGINILAH keadaan ulat yang akan bersarang dalam kepala anda sekiranya penyakit ini dibiarkan bermaharajalela. Di sebabkan ulat-ulat ini, anda akan merasa gatal, selsema dan pening kepala di kebanyakkan waktu. Oleh itu, saya sarankan supaya anda yang mengalami gejala resdung ini, segera bertindak bagi menghapuskan kuman tersebut.
Nota: Berbanyak-banyak maaf saya pinta kerana terpaksa menyiarkan gambar sebegini rupa untuk tatapan anda. Tapi niat saya: Adalah lebih baik anda mengetahui gambaran sebenar dari hanya beranggap-anggapan apakah penyakit resdung ini bahaya, serius, kronik, mahupun tidak. Atau pula; apakah ia penyakit main-main, ringan atau gitu-gitu saja? Melalui gambarajah ini, maka sekarang anda TAHU dengan JELAS bagaimana ulat-ulat yang menyebabkan kegatalan sedang bersarang dalam tubuh mereka yang tidak mengambil apa-apa langkah bagi membendungnya!
Pengenalan Resdung

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. APAKAH SINUS ? (RESDUNG) Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung. GEJALA SINUSITIS Sumbat hidung  Lender dari hidung dan tekak Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG) Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata angkitan otak Sakit tekak yang kronik Jangkitan tulang muka Menerukkan keadaan lelah  Berdengkur secara kronik Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil Alahan hidung  Selsema biasa yang melarat


resdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdungresdung 

Resdung, adalah di antara penyakit paling susah untuk di atasi. Kemungkinan anda telah mencuba pelbagai produk dan mendapati ianya hanya membantu meringankan mahupun mengatasinya buat seketika. BUKAN membunuhnya! Di sinilah menjadi kekesalan serta kekecewaan kepada kebanyakkan penderita resdung. Kebanyakkan ubat, pill, produk yang dijual di luar sana hanya memberi kesan sementara
resdung2resdung2resdung2resdung2resdung2resdung2resdung2resdung2resdung2 
Ini satu lagi akibat dari pengabaian dalam menangani penyakit ini. Pesakit ini menggaru-garu dan menenyeh-nenyeh hidungnya yang gatal sehingga terjadi begini. Bukannya tiada ubat yang diambil tetapi semuanya adalah ubat yang SALAH dan tidak berkesan bagi memerangi bakteria resdung ini. 

Info : http://nuanisa.blogspot.com/2011/12/resdung.html


Baca Info Berkaitan..

Baca Info Berkaitan